Waspada!!! Ketahu Tanda-tanda Bayi anda Tak Sihat, Tindakan Awal Boleh Menyelamatkan Nyawa Bayi

Dalam memastikan anak kita berada dalam keadaan sihat, langkah pencegahan dan rawatan awal harus diberi perhatian.

Tapi bagaimana untuk kita katahuinya???

Anak yang masih diperingkat bayi dan kanak-kanak tidak tahu untuk menceritakan kesakitan yang dialami.
Ibu bapalah yang harus peka dengan perubahan anak.

Tindakan cepat ibu bapa dapat membantu anak. Malah ada anak tidak sihat, ibu bapa yang akan risau.

Jadi terdapat lima cara untuk anda mengesan kelainan pada anak apabila dia mula menunjukkan ketidakselesaan apabila sakit.

1.Menangis

Menangis antara cara yang paling mudah untuk bayi atau kanak-kanak memberitahu ibu bapanya sama ada dia tidak selesa, lapar atau mahu tidur.

Sekiranya anak kerap menangis, anda perlu peka dan ambil perhatian. Mungkin ada yang tidak kena pada diri anak anda.

Jangan anggap tangisan adalah perkara biasa jika ia berlarutan.

 

2.Kurang aktif

Boleh dikatakan bayi dan kanak kanak memeng aktif. Bagi bayi paling tidak mereka akan menggerekan tangan dan kaki.

Manakala kanak-kanak mereka akan berlari, melompat atau menyepahkan mainan yang ada.

Jika ibu bapa melihat aktiviti yang anak lakukan tidak seperti biasa, anda boleh tahu anak mungkin tidak sihat.

Contohnya dia kana baring dan tidur. Cepat-cepat bertindak. Mungkin dia dah mula demam.

3.Kurang selera makan

Tanda lain anak kita tidak sihat adalah kurang selera makan.

Perkara ini pun ibu bapa kena tahu juga. Mungkin kebiasaannya anak makan dan menyusu dengan kerap tetapi apabila dah mula tak sihat, secra automatik selera makan dah tak ada.

Tolong perhatikan perubahan ini kerana kekurangan air juga boleh menyebabkan lemah dan tak bermaya.

4.Kerap tidur

Anak yang tak sihat mereka akan kerap tidur berbanding biasa. Kalau kebiasaannya sehari tiga kali tidur tetapi apabila tak sihat lagi lama dan kerapp.

Kena selalu pantau keadaan ini jika nampak tiada perubahan.

Contoh biasanya kalau anak demam lebih tiga hari doktor akan buat ujian darah untuk pemeriksaan lanjut.

Jadi jika demam anak terlalu lama elok rujuk ke hospital. Bimbang pelbagai masalah lain yang berlaku. Tindakan pantas ibu bapa dapat menyelamatkan nyawa anak.

5.Lemah sepanjang hari

Nampak lemah sepanjang hari walaupun diberi mkan ubat atau selepas makan harus diberi perhatian.

Jika keadaan ini berlarutan, dapatkan nasihat doktor dengan segera.

Jangan ada sikap tunggu dan lihat atas alasan dah bawa anak ke klnik sebelum ini.

 

Komen & Pendapat Anda?

Taipkan komen atau mesej anda...

Alamat emel anda tidak akan dipaparkan. * diwajibkan isi.

*