Tip Merancang Kehamilan

Kepentingan Merancang Kehamilan

Sekiranya mereka berpeluang merancang keluarga, ia menjadi pengurusan kekeluargaan lebih baik dan menyumbang kepada mutu kehidupan yang positif. Mitos dan persepsi mengenai teknik kontrasepsi seperti penggunaan pil dan sistem intrauterine sudah ketinggalan zaman. Dengan kepelbagaian pilihan penggunaan alat pencegah kehamilan kini, wanita berpeluang membuat pilihan yang manakah sesuai dengan keadaan diri mereka.

Kaedah kontrasepsi memudahkan wanita, selamat diamalkan, mampu dimiliki dan ia memberi manfaat bukan saja bertujuan mencegah kehamilan, sebaliknya banyak manfaat kesihatan berkaitan boleh dinikmati wanita seperti mengawal haid serta membawa kebaikan kepada kulit dan tulang.

Penggunaan pil pencegah kehamilan menjamin mutu kesihatan wanita. Apabila wanita dapat merancang keluarga dengan baik, ia menyumbang kepada kurangnya kadar kematian bayi, mengelakkan gangguan pra-haid dan masalah akne juga dapat diatasi. Manfaat lain daripada pengambilan pil pencegah kehamilan ini ialah kualiti hidup meningkat dengan wujudnya taraf kesihatan memuaskan di kalangan ahli keluarga seterusnya mempunyai lebih tenaga untuk membina kerjaya peribadi dan kegiatan bermasyarakat.

Penggunaan pil pencegah kehamilan ini juga menyelamatkan wanita dalam banyak perkara terutama kesihatan wanita ketika hamil. Ketika hamil, banyak risiko dihadapi wanita seperti kandungan yang tidak diingini, bayi mati dalam kandungan, gejala berkaitan ovari, barah dan jantung. Dengan pengambilan pil pencegah kehamilan, wanita mungkin dapat mengelakkan daripada mengalami gejala berkaitan dan kesihatan mereka juga terpelihara daripada penyakit berkenaan.

Kemudahan dan akses terhadap pengetahuan mengenai pil pencegah kehamilan ini meletakkan wanita boleh merancang keluarga dengan baik sekaligus memperkasakan wanita baik di tempat kerja mahupun ketika bersama keluarga di rumah.

 

Banyak Kaedah Merancang Proses Kehamilan

Terdapat berbagai-bagai jenis perancang keluarga boleh didapati di negara ini dan ia boleh dibahagikan kepada kaedah moden, semulajadi dan tradisional. Walau bagaimanapun, tiada bukti saintifik yang menyokong keberkesanan kaedah tradisional. Perancang keluarga moden dibahagikan kepada kaedah sementara dan kekal. Kaedah sementara ini terdiri daripada kaedah yang mengandungi hormon dan tidak mengandungi hormon.

 

Kaedah Yang Mengandungi Hormon

Kaedah perancang keluarga yang mengandungi hormon adalah pil perancang keluarga, suntikan hormon, implan, plaster, tampalan dan vaginal ring.

Pil Perancang Keluarga
Terdapat dua jenis pil perancang keluarga, iaitu sejenis pil yang mengandungi dua jenis hormon iaitu estrogen dan progesteron manakala sejenis lagi mengandungi satu jenis hormon sahaja, iaitu progesteron. Pil yang mengandungi sejenis hormon selamat digunakan sewaktu ibu tersebut menyusukan anaknya.Pil perancang berkesan sekiranya dimakan sewaktu haid bermula setiap hari selama 21 hari, kemudian berhenti untuk tujuh hari di mana haid akan keluar pada masa tersebut. Pengambilan ubat perlulah setiap hari serta pada masa yang sama agar paras hormon tersebut di dalam badan adalah konsisten bagi mengelakkan risiko mengandung. Sekiranya pengambilan ubat adalah betul, risiko hamil adalah serendah 0.3%. Pengguna kaedah ini akan kembali subur apabila seseorang wanita itu berhenti mengambil pil perancang keluarga.

Komen :
Pil perancang jenama Mercilon adalah antara produk yang bagus pada pengujung tahun 90-an, tetapi menurut sesetengah individu setelah pengambilan pil, mereka mendapati berat badan tidak konsisten, mood tidak menentu dan kurang bernafsu terhadap hubungan intim. Walau bagaimanapun, kedatangan haid akan menjadi tepat setiap bulan. Harganya pula dalam lingkungan kurang RM20.00 sekotak.Pil perancang jenama Diane-35 amat terkenal untuk kesihatan kulit. Pengguna akan mendapati kulit muka akan kurang berminyak atau tiada minyak langsung, bintik-bintik hitam atau jeragat dan jerawat (juga jerawat teruk) di muka juga boleh pudar dan menghilang. Sesetengah individu mendapati pil ini tidak menyebabkan berat badan bertambah, tiada kesan mual, pening atau loya akibat pengambilannya. Boleh juga diambil oleh wanita yang mengalami hirsutism (muka ada misai dan berbulu banyak). Kedatangan haid akan menjadi tepat setiap bulan. Harganya pula dalam lingkungan RM35 – RM40 sekotak.Pil perancang jenama Yasmin paling bagus untuk sesetengah individu kerana dikatakan pengguna pil ini tidak mempunyai masalah berat badan, tidak mengganggu mood dan pengguna a�?berseleraa�� terhadap hubungan seksual (tiada masalah kurang libido). Kedatangan haid adalah tepat pada setiap bulan. Namun harganya sedikit tinggi daripada dua pil yang disebutkan di atas, iaitu dalam lingkungan RM40 – RM55 sekotak.Apapun jenama yang menjadi pilihan anda, perlu diingatkan kesan sampingan daripada mengambil pil ini bergantung pada individu. Ini bermakna lain orang, lain kesan sampingan yang akan diterima. Badan juga akan mengambil masa sebulan dua untuk membuat penyesuaian terhadap pil yang diambil, jadi dua bulan selepas pengambilan pil, barulah pengguna akan dapat rasakan sama ada pil yang diambil sesuai atau tidak dengan badan masing-masing. Sekiranya pengambilan sudah lebih daripada tiga bulan tetapi pengguna masih mengalami muntah yang teruk atau pening, besar kemungkinan pil itu tidak bersesuaian dengan badan. Kaedah lain adalah dengan menukar kepada jenama lain jika masih mahu terus mengambil pil perancang.

 

Suntikan Hormon
Suntikan juga mengandungi sejenis hormon dan ia juga boleh diberi pada wanita yang menyusukan anaknya. Suntikan perlu diambil setiap dua atau tiga bulan sekali, bergantung kepada jenis suntikan dipilih. Keberkesanan kaedah ini bagi mengelakkan hamil adalah tinggi iaitu 99.7%. Kelebihan kaedah ini adalah wanita tidak perlu mengingati untuk mengambilnya setiap hari seperti pil dan amat berkesan bagi wanita yang berkerjaya serta sering out station. Tapi perlu diingatkan, penggunaan kaedah berhormon boleh menyebabkan sesetengah wanita mengalami kitaran haid yang tidak teratur untuk beberapa bulan pertama.

Komen :
Suntikan hormon a�?Depo-Proveraa��, boleh diambil 3 bulan sekali di klinik swasta. Kesan sampingan yang dilaporkan oleh pengguna selepas pengambilan suntikan ini termasuklah pening dan mood tidak menentu. Bagi sesetengah kes, kedatangan haid tiada langsung sepanjang suntikan diambil. Ia juga dilaporkan menyebabkan pengguna kurang bernafsu kepada hubungan seksual. Harga sekali suntikan dalam lingkungan RM35 – RM40.

 

Implan
Implan adalah kaedah yang mempunyai keberkesanan 99.9% bagi pencegahan kehamilan. Kaedah ini boleh digunakan sehingga tiga tahun dan kemudian perlu dikeluarkan. Kaedah ini juga menggunakan satu jenis hormon dan sesuai bagi ibu menyusukan anaknya. Penggunaan kaedah ini boleh menyebabkan sesetengah wanita mengalami kitaran haid yang tidak teratur untuk beberapa bulan pertama.

Komen :
Hampir tiada komen yang negatif tentang implan yang saya dengari. Cuma ada yang meluahkan kebimbangan apabila tiba masanya untuk dikeluarkan kerana dikatakan perlu menjalani pembedahan kecil untuk mengeluarkan implan sebesar batang mancis.

 

Kaedah Kecemasan

Kaedah ini digunakan apabila kaedah lain tidak digunakan dan pasangan suami-isteri tersebut tidak bersedia untuk mengandung, sedangkan hubungan seks tanpa perlindungan telah dilakukan. Dengan ini, pil perancang keluarga kecemasan ini bolehlah diambil selepas bersama dalam masa 72 jam pertama.

Komen :

Pil yang biasa dijual adalah jenama Postinor-2. Ia juga popular dengan nama a�?Emergency Contraceptivea�� atau a�?Morning-Afterpila��. Bagi sesetengah kes rogol, mangsa akan dinasihatkan mengambil pil ini kerana ia mampu mengelakkan mangsa daripada hamil akibat dirogol. Dalam setiap kotak ada dua biji dan dikatakan boleh diambil sebanyak empat biji sahaja dalam masa sebulan. Adalah penting pil pertama diambil dalam masa 48 jam selepas bersama dan pil kedua perlu diambil dalam masa 12 jam selepas pil pertama diambil (perlu lengkapkan pengambilan pil dalam masa 72 jam). Pil ini akan menyebabkan kedatangan haid sedikit a�?laria�� daripada biasa.

 

Kaedah Tanpa Hormon

Kaedah perancang keluarga yang tidak mengandungi hormon termasuklah alat dalam rahim (IUCD), kondom, diafragma dan kaedah kekal seperti Bilateral Tubal Ligation (BTL) atau Vasectomy.

    1. Alat Dalam Rahim (Multi-Load Copper IUCD)
      Alat ini adalah kaedah perancang keluarga yang boleh digunakan selama tiga tahun dan selepas tempoh tersebut ia perlu dikeluarkan. Alat ini selamat digunakan untuk ibu menyusukan badan disebabkan tiada hormon di dalamnya. Keberkesanan kaedah ini adalah 99.4%. Selain itu, kitaran haid juga tidak terjejas disebabkan tiada penggunaan hormon.
    2. Kondom
      Kaedah ini boleh didapati dengan mudah dan salah satu cara untuk mengelakkan kehamilan sewaktu melakukan hubungan seks. Ia juga boleh mengelakkan penyakit jangkitan kelamin. Sebelum menggunakannya, pemakai perlu memeriksa tarikh luput, meneliti sebarang kebocoran, serta pemasangan yang betul perlu diambil kira untuk memastikan kaedah ini berkesan. Risiko kehamilan dengan kaedah ini adalah 2%.
    3. Diafragma
      Sejenis kaedah halangan oleh golongan wanita di mana ia menutupi bahagian serviks. Kaedah ini kurang mendapat sambutan disebabkan kaedah penggunaannya. Wanita perlu memasukkan sendiri ke dalam faraj dan meletakkannya di tempat yang betul. Risiko kehamilan dengan kaedah ini juga adalah tinggi iaitu 5%.

 

INFO : Rancang Kehamilan

  • Merancang kehamilan membantu anda membesarkan anak dengan selesa
  • Apabila anda mempunyai perancangan yang baik mengendalikan keluarga, anak boleh membesar dengan pendidikan dan perhatian yang cukup dari anda
  • Sebaik-baik jarak kehamilan adalah dua tahun untuk setiap anak
  • Jika bersalin melalui pembedahan, dapatkan nasihat doktor untuk kehamilan seterusnya
  • Terdapat pelbagai jenis kaedah pencegah kehamilan di pasaran selain pil, di mana alat seperti gelang getah juga boleh didapati di klinik untuk tujuan mencegah kehamilan dan merancang keluarga
  • Sekiranya mengambil pil pencegah kehamilan, pastikan anda menurut peraturan tertera di sampul ubat tersebut

(Sumber : LamanSeri)

Komen & Pendapat Anda?