Stress, Sila Pergi Jauh-Jauh…

Mungkin ada ketikanya terdetik di fikiran penatnya menjadi seorang ibu. Macam-macam benda hendak difikirkan, hal rumah tangga, hal anak-anak dan macam-macam lagi. Tekanan atau stress sebenarnya ada di mana-mana, yang penting anda bijak menangganinya.

8 Cara kurangkan tekanan dan hidup ceria

  • Tekanan atau stress adalah satu sistem penggera semulajadi yang ada dalam badan seorang ibu adalah perkara biasa. Jadi tak perlu risau dengan keadaan ini dan teruskan hidup seperti biasa.
  • Dapatkan pertolongan daripada keluarga atau rakan terdekat jika anda berasa sangat tertekan. Minta tolong suami untuk bantu anda dalam urusan anak-anak atau luahkan perasaan kepada ibu atau kakak jika anda benar-benar tertekan.
  • Manjakan diri anda dengan aktiviti-aktiviti yang menarik hanya untuk anda seperti pergi ke spa, membeli belah, keluar bersama rakan-rakan perempuan dan sebagainya.
  • Utamakan apa yang perlu. Memang tidak dinafikan sebagai seorang ibu tentu banyak yang perlu anda fikirkan untuk anak-anak. Sesekali apa salahnya anda semak semula dan kurangkan sedikit aktiviti yang melibatkan anak-anak anda, dengan cara begitu, anda juga dapat berehat.
  • Penting untuk anda percayakan diri anda sendiri sebangai seorang ibu. Tidak perlu membandingkan cara anda dengan ibu lain membesarkan anak-anak kerana anda punya cara tersendiri yang mungkin lebih baik daripada ibu-ibu lain.
  • Jangan lupa untuk menjaga diri anda juga. Jaga makan, tidur yang cukup dan senaman tiga kali seminggu pasti anda dapat menangani tekanan dengan baik.
  • Tahu tanda-tanda anda tertekan supaya anda dapat bertenang dan mengawal kemarahan anda setiap kali anak-anak buat perangai.
  • Jalani kehidupan yang lebih menyeronokkan dengan keluarga anda. Keluar berkelah di hujung minggu, menonton wayang bersama, bergelak ketawa pasti anda akan berasa lebih tenang dan genbira tanpa sebarang tekanan.

(Sumber : Pa & Ma, Ogos 2013)

Komen & Pendapat Anda?