Risiko Ketuban Pecah

Kantung ketuban yang dipenuhi denganair ketubanberfungsi untuk melindungi bayi dalam rahim daripada sebarang kecederaan dan jangkitan kuman. Sekiranya kantung ini terkoyak sebelum waktunya, air ketuban akan keluar melalui faraj ibu.

Biasanya ketuban pecah dikaitkan dengan petanda ibu sudah hendak melahirkan bayi tetapi jika pecah terlalu awal, ia boleh menimbulkan risiko. Ketuban pecah awal sebelum proses kelahiran dikenali sebagaiprelabour rupture of membranes at termatau PROM.

Jika anda mengalaminya, jangan panik, pakai tuala wanita untuk membolehkan anda menakung air ketuban yang keluar buat sementara waktu. Bahkan ia membantu anda mengenal pasti warna air ketuban yang keluar.

Cecair daripada ketuban biasanya jernih, berwarna kekuningan dan mungkin bercampur sedikit darah. Jumlah air ketuban yang keluar adalah berbeza bagi setiap wanita. Paling penting ibu perlu mendapatkan pemeriksaan doktor dengan segera tidak kira pada usia berapa kandungan anda.

Sebaik ketuban pecah, perlindungan terhadap kandungan daripada sebarang risiko jangkitan adalah rendah. Oleh itu doktor akan mengambil tindakan sama ada memberi ibu ubat pencetus kontraksi bagi membolehkan bersalin (sekiranya usia kandungan 37 minggu ke atas dan ibu langsung tidak mengalami kontraksi).

Apabila ketuban pecah, tali pusat boleh jatuh ke dalam faraj hingga menjadi punca bayi lemas. Biasanya doktor akan mengambil tindakan segera dengan melakukan pembedahancaesareanbagi mengeluarkan bayi jika hal ini berlaku.

Uri pula boleh lekang daripada terus melekat pada dinding rahim disebabkan faktor perubahan tekanan yang berlaku secara mendadak akibat kebocoran besar seperti kespolihidramnios. Bahkan ibu juga boleh kehilangan darah dalam jumlah yang banyak dan pada masa yang sama membahayakan keselamatan bayi yang dikandung.

Risiko lain termasuk jangkitan kuman (chorioamnionitis) jika ketuban pecah melebihi 24 jam. Kuman boleh menjangkiti air ketuban dan kandungan melalui faraj. Kedudukan bayi dalam kandungan boleh kekal tidak normal kerana kekurangan atau ketiadaan air ketuban bagi memberi ruang untuknya bergerak.

Meconium aspiration syndromejuga boleh terjadi di mana kandungan air ketuban yang sedikit membuatkan najis kandungan tidak cair dan meningkatkan risiko terhadap dirinya jike najis memasuki ruang pernafasan.

(Sumber : Pa & Ma)

Komen & Pendapat Anda?