Mengatasi Masalah Persaingan Antara Adik Beradik

Apakah yang menyebabkan persaingan adik beradik?

Adalah susah bagi seorang kanak-kanak bertatih yang memikirkan dirinya paksi seluruh alam untuk menyambut baik bayi baru ke dalam rumahnya. Secara rasmi mereka adik-beradik, tetapi jangan hairan jika anak anda yang lebih tua tidak jatuh cinta dengan adik dengan serta merta.

Apabila adik-beradik membesar, mereka mengekspresikan perasaan cemburu dengan bertengkar, kata mengata, mengusik, menolak dan jugabergaduh pendek kata, apa saja untuk mengajar adik yang merosakkan barang mainan mereka, mengganggu mainan mereka atau merebut perhatian ibubapa mereka.

Tetapi, pada masa ini, anak anda yang berusia dua tahun betul-betul tidak mengerti kenapa dia berperasaan begitu atau apa yang dia boleh buat denganbayi baru lahir yang menyakitkan hati itu. Terdesak untuk mendapatkan kembali perhatian anda, dia mungkin bereaksi dengan berkelakuan buruk atau merosot kembali (melompat-lompat atas sofa apabila anda cuba menyusu badan, duduk di kerusi bayi, atauenggan menggunakan bekas najisnya setelah menggunakannya beberapa bulan sebelum itu). Dia mungkin juga cuba mengacau adik barunya dengan cubitan bukan sekadar main-main atau dengan menyucuk-nyucuk.

Menjadi pengadil dalam persaingan adik-beradik bukan untuk mereka yang tak tabah hati. Tapi jangan lupa untuk sentiasa mengingatkan diri anda bagaimana perasaan anak bertatih anda tentang prospek kehilangan tempatnya sebagai calon utama untuk mendapatkan perhatian dan (dari perspektifnya) kasih sayang anda. Dan sekiranya anda mahu meminimakan sakit kepala bagi semua ahli keluarga, ambillah langkah untuk menyediakan anak bertatih anda untuk menyambut pendatang baru itu.

Apa harus dilakukan sebelum bayi tiba

Beritahu anak berusia dua tahun, anda secara terus dan benar, tentang perlahiran yang akan datang(ketahui lebih lanjut).
Empat atau lima minggu sebelum itu adalah masa yang baik untuk menyampaikan berita sebab dia boleh nampak apa yang diperkatakan anda – perut anda sudah besar sebagai bukti ianya benar, dan dia boleh merasakan adiknya bergerak dan menendang. Tambah lagi, elok tidak diberitahu terlalu awal sehingga dia melupakan semuanya atau bertanya setiap hari samada bayi akan datang pada hari itu!

Anda boleh memperolehi banyak buku untuk dibaca dengannya tentang kedatangan bayi baru – ini akan membantu dia mengubahsuaikan diri kepada konsep adanya ahli baru dalam keluarga.

Terangkan kepadanya apa yang akan berlaku di rumah apabila bayi tiba.
Ceritakan secara mudah dan ringkas: “Apabila baby datang, ayah, bukan mama akan bawa kamu ke rumah atuk untuk sementara.” Beritahu dia secara kerap yang anda sangat sayangkan dia dan tiada apapun yang akan mengubah perasaan anda terhadap dia.

Biar anak bertatih anda terlibat dalam persediaan untuk bayi.
Ajak dia membuat keputusan mudah tentang bayi anda, seperti di mana nak simpan baju baru bayi, atau samada dia fikirkan yang bayi akan lebih suka arnab atau itik untuk langsir. Hanya berikan dia dua pilihan seperti: “Kamu fikir baby suka baju yang hijau atau biru?” – dan pastikan anda pun gembira apa jua pilihan dia!

Jika anda perlu menukarkan rutinnya (seperti mengalihkan dia dari kot ke katil), lakukan perubahan itu beberapa minggu sebelum ketibaan bayi supaya dia tidak mengaitkan kedua peristiwa itu dan merasa tersingkir. Anda juga akan mendapati jika anda relaks sedikit tentang latihan ke tandas atau perbalahan tentang makanan, itu boleh membantu sebab bayi cenderung untuk merosot dalam hal-hal ini apabila bayi baru tiba.

Beritahu dia apa yang akan berlaku apabila anda pergi bersalin.
Beberapa minggu sebelum tarikh jangka bersalin, terangkan kepada bayi anda dengan seberapa jelas dan mudah yang anda akan ke hospital. Walaupun anda akan pergi dari rumah hanya untuk sehari dua, dia mungkin terganggu dengan ketinggalan anda. Jika ada saudara, kawan atau pengasuh yang akan menemani dia, akan menjadi lebih mudah jika anda melakukan raptai seminggu dua sebelum peristiwa itu.

Aturkan bagi anak bertatih anda melawat anda di hospital supaya dari mula lagi dia merasakan yang dia adalah sebahagian penting keluarga anda yang lebih besar. Ambil gambar dia dengan bayi, untuk memberi mesej yang ini masa istimewa untuknya juga, atas perlantikannya sebagai abang tertua. Setengah keluarga merancangkan pemberian hadiah daripada bayi kepada kakak atau abang itu.

Apa harus dilakukan sebaik saja bayi tiba di rumah

Libatkan anak bertatih anda dengan mengasuh bayi
Ada banyak tugas yang boleh dilakukannya – dan dia mungkin tak sangka yang dia begitu besungguh-sungguh dengan tugasnya. Dia boleh membantu anda memegang tuala atau membantu menggosok kakinya semasa bayi mandi, atau dia boleh mengambil lampin dan menukar beg. Bila bayi menangis, dia boleh nyanyikan atau bercakap perlahan dengannya – atau pergi mencari puting. Jika bayi dua tahun anda merayu untuk memegang adik barunya, dudukkan dia atas kerusi, disokong oleh bantal di kedua belah, kemudian letakkan bayi atas pangkuannya dan pastikan anda ada dekat untuk mengawal keadaan.

Minta nasihat dan pertolongan anak bertatih anda
“Bayi suka nak pakai topi merah atau stokin putih?”, atau “Boleh tak tolong mama ceritakan bayi satu cerita?” Bayi anda mungkin terkagum juga yang abang ada dekatnya, menyanyi, menari atau cuma membuat muka lucu. Dan anak bertatih anda pun akan gembira mendatangkan senyuman di muka adiknya. Tunjukkan dia betapa bayi sukakan dia: “Tengok macam mana dia senyum kat abang!!”

Tetapi jika anak bertatih anda tak mahu membantu, jangan paksa dia. Kadangkala kanak-kanak tidak mahu mengendahkan adik kecil mereka. Dia akan lebih bersedia di satu masa nanti, dan anda boleh menyakitkan hatinya jika memaksa penglibatannya sebelum dia bersedia.

Luangkan banyak masa dengan anak bertatih.
Memang perkara biasa bagi anak bertatih anda merasa cemburu. Sesungguhnya dia dengan tiba-tiba terpaksa berkongsi anda dengan seorang yang memerlukan begitu banyak masa dan perhatian anda. Dari memarahkan dia, akuilah perasaannya: “Kamu rasa mama tak patut menghabiskan begitu banyak masa dengan baby,” contohnya, supaya dia sedar yang anda memahami perasaan dia. Sediakan sedikit masa setiap hari untuk melakukan sesuatu hanya dengannya, walaupun melukis untuk beberapa minit atau membina dengan blok – dan juga memberikan dia bayi anda yang menangis untuk sementara.

Jika malam itu bayi anda sudah tidur lebih awal dari anak dua tahun anda, gunakan masa untuk membaca bersama dan main permainan bersama. Tunjukkan anak bertatih anda foto dia sendiri semasa dia bayi dahulu, dan beritahu dia yang dia dahulu pun memerlukan banyak asuhan istimewa. Ini akan membantu dia memahami kenapa anda sekarang perlu menghabiskan masa lebih dengan bayi. Jelaskan kepadanya faedah-faedah menjadi abang – betapa cerdik dia, apa yang dia boleh buat dengan sendiri dan benda-benda yang dia dibenarkan bermain.

Bersedia untuk kelakuan agresif.
Semua kanak-kanak merasa cemburu dengan orang lain pada satu-satu masa, dan anak bertatih tidak dapat mengawal perasaan dengan baik. Jangan terkejut jika anak dua tahun anda membaling sesuatu ke arah adik barunya, dia juga mungkin cuba berpura-pura itu tidak disengajakan. Jangan bimbang: kelakuan itu mungkin tidak baik, tetapi memang normal. Pastikan anda menghalang anak bertatih anda daripada mencederakan bayi, dan apabila anda berseorangan dengannya, galakkan dia untuk bercakap tentang perasaannya. Beritahu dia adalah normal untuk berperasaan begitu dan itu tidak bermakna dia jahat. Tetapi, jelaskan kepadanya yang kelakuannya hendak menyakiti bayi disebabkan perasaannya itu tidak boleh diterima.

Jika dia agresif, masuk campur dengan segera. Jangan menjatuhkan maruahnya atau menghukum dia secara fizikal – itu tidak membantu dan mungkin akan menggerakkan dia untuk membalas dendam ke atas bayi kelak. Sebaliknya, beritahu dia dengan jelas yang kelakuan itu tidak sesuai dan menyakiti bayi tidak dibenarkan sama sekali. Mungkin boleh membantu bagi semua orang jika dibiarkan dia bersendirian sehingga dia dapat bertenang.

Pastikan anda tidak meninggalkan anak bertatih anda berseorangan dengan bayi – tetapi jangan beritahu dia sebab anda tidak percayakan dia. Sungguhpun anak tertua anda lazimnya seorang penyayang, ambillah semua langkah berjaga-jaga – jauhkan barang tajam dari capaiannya dan jangan sekali-kali membiarkan dia menolak kereta tolak, manalah tahu dengan tiba-tiba kereta itu kelihatan menurun bukit dengan laju dan tak menentu!

Elakkan kecenderungan membandingkan anak-anak anda.
Contoh klasik “kenapa kamu tidak seperti kakak kamu?” sudah tentu akan menyakitkan hati. Sebaliknya, fokuskan kepada kekuatan unik setiap anak. “Faisal, kamu cukup pandai bermain bola! Dan adik kamu pula sungguh pandai merangkak, kan?” Jangan lupa memuji mereka bersama-sama juga: “Bagus kamu bermain berdua dengan baik hari ini.”

Jangan galakkan perangai membawa cerita.
Apabila anak bertatih anda berlari untuk memberitahu yang adik kecilnya menarik buku dari meja kopi, beritahu dia anda tidak berminat untuk mendengar dia bercerita apa yang dilakukan adiknya. Tapi jika dia mahu memberitahu apa yang dilakukan oleh dirinya, dengarlah dengan rapi. Jelaskan yang anda tak suka anak-anak anda mahu cuba mendatangkan masalah kepada satu sama lain. Tetapi pastikan yang mereka faham ada pengecualian penting bagi panduan ini. Jika sesiapa nampaknya akan dicedera atau seorang mahu mencederakan yang lain, anda tentu mahu diberitahu dengan serta merta.

Ajar anak bertatih anda untuk menyelesaikan konflik dengan sendiri.
Apabila mereka membesar, anak-anak anda harus digalakkan untuk menyelesaikan perbalahan mereka sendiri seberapa yang boleh. Walaupun tidak realistik bagi anda mengharapkan ini daripada seorang yang berumur dua tahun, anda boleh membuat persediaan awal dengan menggalakkan dia mencari penyelesaian dengan sendiri. Jika anak bertatih anda mengganggu masa main bayi atau sebaliknya, cadangkan dia bermain dalam bilik lain supaya bayi itu tak dapat mengganggu dia. Apa yang penting ialah anda menjelaskan kepadanya dia boleh membuat beberapa perkara yang bayi tak boleh buat. Anak “besar” anda mungkin masih berharap untuk mendapatkan perhatian sama seperti adik barunya, tetapi dalam sedikit masa dia akan menghargai keistimewaan yang diperolehi oleh seorang yang berumur lebih tua.

( Sumber : babycenter)

Komen & Pendapat Anda?