Kebaikan Membedung Bayi

Sejak daripada zaman nenek moyang kita, bayi yang baru dilahirkan perlu dipakaikan bedung. Di antara sebab yang diberikan oleh orang-orang tua mengapa bayi perlu dibedung adalah bagi mengelakkan bayi anda dari terkejut.

Walhal sebenarnya bayi yang dibedung mempunyai sebab-sebab tertentu :

  • Membedung dapat membantu bayi tidur lebih lena.
  • Mengelakkan selimut biasa yang mudah bergerak dan menutupi muka bayi. Ini akan menghalang bayi untuk bernafas yang boleh mengakibatkan Sindrom Kematian Bayi Secara Mengejut atau SIDS.
  • Membantu agar bayi berasa lebih selamat dan selesa. Kain bedung yang membalut bayi membuatkan bayi merasa seperti didalam kandungan ibunya.
  • Mengelakkan bayi dari menggosok dan mencakar mukanya sendiri terutama jika tidak dipakaikan sarung tangan.
  • Mengelakkan bayi dari mengangkat tangannya ke atas – keadaan ini terjadi apabila bayi terkejut disebabkan oleh bunyi yang kuat disekelilingnya.
  • Supaya kaki bayi tersebut dapat ditegakkan semasa diikat agar tidak pengkar atau tidak tegak.
  • Memudahkan para ibu ketika penyusuan bayi dilakukan.

Bila Berhenti Membedung?

Adalah dicadangkan agar anda tidak lagi membedung bayi setelah bayi berumur tiga atau empat bulan ke atas. Ini kerana pada umur begini bayi sudah mula belajar meneroka disekelilingnya. Pada waktu ini bayi perlu bergerak tanpa ada halangan untuk pertumbuhan seterusnya. Bedung bayi perlu untuk membina tulang bayi yang lebih tegap agar bayi dapat merangkak, berdiri dan berjalan pada masa akan datang

Komen & Pendapat Anda?

Taipkan komen atau mesej anda...

Alamat emel anda tidak akan dipaparkan. * diwajibkan isi.

*