Berapa Lamakah Tempoh Kebengkakan Payudara?

Jika tidak dirawat, kebengkakan payudara lazimnya menyusut dalam masa 10 hari. Namun, dalam kebanyakan kes yang tidak serius, ia akan susut dengan cepat. Jika anda menyusu dengan baik dan mengepam sekurang-kurangnya setiap 2 atau 3 jam, ia akan menyusut dalam tempoh 24 hingga 48 jam.

Namun jika anda tidak menyusu atau sudah berhenti menyusu, anda mungkin akan mendapati bahawa kebengkakan itu akan menjadi lebih teruk sebelum ia pulih. Meskipun anda tidak menyusu, anda masih perlu mengepam untuk mengurangkan tekanan pada payudara.

Sumber: Mama & Si Manja 2012, Volume 1

Komen & Pendapat Anda?

Taipkan komen atau mesej anda...

Alamat emel anda tidak akan dipaparkan. * diwajibkan isi.

*